Siapa Yang Terlibat Di Dalam Bursa Malaysia?
Kenali semua pemain dalam ekosistem Bursa Malaysia — daripada pengawal selia, bursa, broker, depository hingga pelabur runcit & institusi — dan bagaimana peranan mereka saling melengkapi.
Pengenalan
Urus niaga saham berlaku dalam ekosistem yang tersusun. Setiap pihak memegang tanggungjawab tertentu untuk memastikan pasaran telus, selamat dan cekap. Memahami “siapa buat apa” membantu anda melabur dengan lebih yakin.
Pelabur runcit tidak berurus niaga terus dengan bursa; semua transaksi dihantar melalui broker/Participating Organisations dan penyelesaian direkod dalam CDS.
Pihak-Pihak Utama Dalam Pasaran
1) Pengawal Selia
- Menetapkan rangka kerja undang-undang & perlindungan pelabur.
- Melulus & menyelia peserta pasaran, termasuk broker & produk tertentu.
2) Bursa Malaysia (Operator Pasaran)
- Menyediakan infrastruktur dagangan & buku pesanan (order book).
- Mentadbir peraturan penyenaraian & pendedahan maklumat syarikat tersenarai.
3) Broker / Participating Organisations
- Pintu masuk pelabur runcit & institusi ke pasaran — aplikasi, akaun & sokongan.
- Menghantar pesanan beli/jual ke sistem bursa, mengutip yuran transaksi.
4) Depositori (CDS) & Penjelasan
- CDS menyimpan rekod pemilikan sekuriti atas nama anda/nominee.
- Entiti penjelasan/clearing mengurus pemindahan tunai & sekuriti selepas padanan.
5) Syarikat Tersenarai (Issuers)
- Menerbitkan saham/sekutiti dan membuat pendedahan kewangan & korporat.
- Mungkin mengagih dividen dan melaksanakan tindakan korporat lain.
6) Pelabur
- Runcit: individu yang berdagang untuk simpanan & pelaburan.
- Institusi: KWSP/PNB/insurans/dana — memacu likuiditi & kestabilan.
7) Pihak Sokongan Pasaran
- Research houses & analyst — penyelidikan & liputan syarikat.
- Auditor, company secretary, share registrar — tadbir urus & pematuhan.
- Shariah Advisory — semakan patuh Syariah untuk sekuriti berkaitan.
- Trustee (contoh REIT) & market maker/liquidity provider untuk produk tertentu.
Ringkasan Aliran Dagangan
- Pelabur hantar pesanan di aplikasi broker (harga & kuantiti).
- Broker → Bursa: pesanan masuk ke buku pesanan untuk padanan.
- Padanan berlaku bila harga pembeli & penjual sepadan.
- Penjelasan & Penyelesaian: wang & sekuriti dipindahkan; pegangan direkod dalam CDS.
- Pengumuman berterusan: syarikat wajib melapor maklumat material.
Penyelesaian biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja bergantung kepada peraturan semasa.
Tanggungjawab Pelabur
- Memahami risiko, kos & peraturan asas pasaran.
- Menggunakan akaun CDS & trading yang sah melalui broker berlesen.
- Mengamalkan pengurusan risiko: saiz posisi, stop-loss, diversifikasi.
FAQ: Soalan Lazim
1) Apa beza Bursa Malaysia dan pengawal selia?
Bursa mengendalikan platform dagangan & penyenaraian. Pengawal selia menetapkan rangka perundangan dan penyeliaan pasaran/ peserta.
2) Siapa simpan saham saya?
Rekod pemilikan disimpan dalam akaun CDS (atas nama anda atau nominee bank/broker).
3) Adakah saya boleh beli tanpa broker?
Tidak. Pelabur runcit perlu berurusan melalui broker/PO yang berlesen.
4) Siapa tentukan status patuh Syariah?
Panel penasihat Syariah yang membuat semakan berkala terhadap sekuriti tersenarai.
5) Apa fungsi registrar & company secretary?
Mengurus rekod pemegang saham, mesyuarat agung, tindakan korporat & pematuhan syarikat.
Baru Nak Mula? Fahamkan Peranan & Aliran Dulu
Sesi 1-to-1: pilih broker, buka CDS, faham kos & praktis pengurusan risiko ikut modal anda.