Sektor-Sektor Di Bursa Malaysia

13 Sektor Di Bursa Malaysia

Dalam pasaran Bursa Malaysia, secara keseluruhan ada 13 sektor yang tersenarai. Sektor ini adalah sebagai kategori industri di dalam Bursa Malaysia.

Dalam kajian saham, sangat penting untuk kita monitor turun naik sesebuah sektor.

Ia pasti nya memberi impak yang besar sebelum membuat keputusan untuk beli dan jual syer syarikat yang telah kita kaji.

Senarai sektor adalah seperti berikut.

Sektor pembinaan adalah antara yang memberi impak terbesar dalam pembangunan negara. Fokus kepada pembangunan infrastruktur seperti MRT, LRT, jalanraya dan perancangan bandar.

Business teknologi sekarang fokus utamanya kepada elektronik, software, komputer, social media dan information technology. Antara sektor yang menjadi tumpuan dalam pembangunan negara.

Sektor kesihatan fokus kepada syarikat-syarikat yang membekalkan barangan atau bahan-bahan perubatan
dan menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Fokus kepada investment dalam bentuk perhotelan, kilang-kilangan, bangunan pejabat, warehouse ataupun carpark.

la merupakan industri perumahan yang berkaitan dengan pengurusan pembinaan tempat tinggal seperti apartment, rumah teres, banglo dan sebagainya.

Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan utiliti seperti elektrik, air dan pembentungan diwujudkan bagi melancarkan pengurusan
dalam kehidupan harian.

Consumer adalah sektor yang berkaitan dengan perniagaan dan pengedaran barangan dan perkhidmatan.
Barang-barang keperluan adalah seperti makanan dan minuman dan kedai serbaguna.

Menyediakan bahan mentah untuk pembinaan dan juga jentera sebelum menjadi komponen yang lengkap. Contohnya seperti bahan binaan, bahan
perindustrian, komponen dan peralatan, bahan pembungkusan dan perkhidmatan perindustrian.

Penyediaan pengangkutan di dalam dan luar negara untuk tujuan penghantaran barangan dan pengangkutan awam.

Sektor tenaga bertumpu kepada bahan-bahan mineral seperti minyak, emas, logam dan lain-lain. Impak yang
paling besar mempengaruhi pergerakan sektor tenaga adalah minyak mentah.

Sektor perladangan adalah salah satu penyumbang terbesar ekonomi negara. Wujudnya syarikat-syarikat besar yang mempunyai ladang-ladang untuk menguruskan
pengeluaran pertanian. Contohnya seperti kelapa sawit.

Institusi kewangan antara penyumbang terbesar pergerakan market. Fokus kepada bank-bank dan juga syarikat-syarikat kewangan.

You may also like these