Kelas Saham Selebriti

Pengalaman Saya Menyertai Kelas Saham "Selebriti"

Permulaan saya belajar saham sama seperti tuan puan juga iaitu
saya daftar kelas saham selebriti dengan harga yang agak tinggi.
Expectation saya pada waktu itu, "kelas mahal mesti bagus"

Namun harapan saya musnah. Dalam intipati kelas tersebut tenaga pengajar banyak memberi teknik yang tidak jelas. Tidak mengejutkan, modus operandi “nak tahu lagi, bayar lagi” juga terjadi. Support dari tenaga pengajar juga amat mengecewakan. Setiap soalan dibalas dengan penyindiran, amarah dan soalan yang tidak dijawab. 

Apabila saya menyatakan ketidakpuasan hati saya, saya telah disekat dari access ke dalam group. Hikmah dari kejadian ini, saya cuba untuk belajar sendiri. Apabila kita belajar sendiri, ia mengambil masa yang sangat lama kerana kita perlu buat testing yang sangat banyak. 

Dipendekkan cerita, saya berjaya hasilkan step by step bersaham di Bursa Malaysia. Kenapa saya kata mudah? Sebab kita hanya guna s&r tanpa menggunakan sebarang indicator. 

Kemudian saya jalankan one to one personal coaching pada tahun 2022. Saya aktif di platform tiktok untuk menyebarkan ilmu saham sehingga kini. 

Dari pengalaman ini, semestinya saya tidak mahu student-student saya mengalami apa yang saya rasa sebelum ini. Jadi saya lahirkan Personal Coaching Belajar Saham yang tak masuk akal!

Ala Coach, Tak Payah La Kutuk Kelas Orang Lain.

Statement ni memang selalu saya dapat dari netizen.

Majoriti peserta yang daftar personal coaching saya, adalah dari kelas-kelas selebriti ini. Bagi saya ini adalah kelas saham scam!

Dan mereka telah habis ribuan ringgit hanya untuk kelas sahaja.
Bila nak mula bersaham modal makin sikit.

Kena Marah Bila Tanya Soalan

Masalahnya bila peserta mengharapkan support dari si pengajar, mereka tidak dapat seperti yang dijanjikan.

Mereka kena marah bila soalan diajukan. Tanya lain jawab lain. Bila kita menyatakan ketidakpuasan hati kena kick keluar dari group.

Terlalu ramai yang mudah percaya dengan mereka kerana mereka banyak menggunakan sentimen agama. Saya tidak boleh selamatkan semua orang. Jadi saya hanya boleh beri awareness sahaja.

Ukhuwah Bersama Peserta

Sebab tu saya buat personal coaching belajar saham dengan harga yang mampu milik, support yang berterusan, curahan ilmu saham tanpa had. Ini adalah jihad saya supaya ramai bersaham dengan cara yang betul.

Hubungan saya dan peserta juga saya sebaiknya untuk kekalkan sampai bila-bila. Saya juga banyak belajar dari peserta-peserta saya. Jadi saya sangat bersyukur Allah temukan saya dengan orang-orang yang sangat baik. Alhamdulillah.

Apa Yang Perlu Dilakukan oleh Bakal Peserta?

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mengambil kelas saham, ingat perkara berikut:

Adakah pengajar mempunyai pengalaman sebenar dalam pasaran saham?

Ketahui pendapat peserta terdahulu untuk menilai kualiti kelas.

Terdapat banyak sumber pembelajaran saham yang boleh dipercayai dan murah (atau percuma), seperti platform rasmi Bursa Malaysia, YouTube pendidikan, atau buku tentang pelaburan.

Jangan percaya janji keuntungan cepat atau jaminan kejayaan, kerana pasaran saham penuh dengan risiko.

You may also like these