Dividen adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham sebagai satu bentuk penghargaan untuk pelaburan mereka. Di Bursa Malaysia, banyak syarikat kerap memberikan dividen, sama ada secara tunai atau saham.
Dividen Saham
Selain dari mendapatkan keuntungan selepas menjual saham pada harga tinggi, pelabur juga boleh mendapatkan keuntungan melalui dividen. Syarikat akan mengeluarkan dividen sebagai hadiah kepada pelabur atas peningkatan kewangan syarikat dan kejayaan syarikat melalui projek-projek yang berjaya.

Jenis Dividen
1. Dividen Tunai:
Dividen dibayar secara tunai dan masuk terus ke dalam akaun pemegang saham.
2. Dividen Stok:
Syarikat menyediakan saham tambahan kepada pemegang saham sebagai dividen.
3. Dividen Interim:
Dividen diagihkan sebelum penyata kewangan tahunan syarikat disiapkan.
4. Dividen Akhir:
Dividen diisytiharkan selepas penyata kewangan tahunan syarikat diterbitkan.

Proses Pembayaran Dividen
Proses pembayaran dividen biasanya melibatkan beberapa langkah berstruktur.
Berikut adalah peringkat umum dalam proses pembayaran dividen:
Ex-Date (Ex-Dividen Date)
Tarikh di mana pemegang saham tidak lagi berhak menerima dividen. Jika saham dibeli selepas tarikh ex-date, pembeli tidak berhak mendapat dividen.
Tarikh Payment
Tarikh dividen dibayar kepada pemegang saham.
Faktor Yang Mempengaruhi Dividen
• Prestasi Kewangan Syarikat:
Syarikat yang mempunyai keuntungan tinggi cenderung untuk membayar dividen yang lebih besar.
• Polisi Dividen Syarikat:
Sesetengah syarikat lebih suka mengekalkan keuntungan untuk pelaburan semula daripada membayar dividen.
• Keadaan Ekonomi:
Keadaan ekonomi yang tidak stabil boleh menjejaskan keupayaan syarikat untuk membayar dividen.

Faedah Melabur dalam Saham Membawa Dividen
1. Pendapatan Pasif:
Pelabur memperoleh aliran pendapatan yang tetap daripada dividen.
2. Potensi Pertumbuhan Nilai Stok:
Syarikat yang kerap membayar dividen biasanya mempunyai kestabilan kewangan yang baik.
3. Strategi Pelaburan Jangka Panjang:
Saham dividen boleh menjadi sebahagian daripada portfolio seimbang untuk mengurangkan risiko.

Faedah Melabur dalam Saham Membawa Dividen
Melabur dalam saham yang membayar dividen mempunyai beberapa faedah atau kelebihan yang menarik minat pelabur.
Berikut adalah beberapa faedah utama:
Pendapatan Pasif
Pelabur memperoleh aliran pendapatan yang tetap daripada dividen.
Potensi Pertumbuhan Nilai Stok
Syarikat yang kerap membayar dividen biasanya mempunyai kestabilan kewangan yang baik.
Strategi Pelaburan Jangka Panjang
Saham dividen boleh menjadi sebahagian daripada portfolio seimbang untuk mengurangkan risiko.
Contoh Saham Dividen Tinggi di Bursa Malaysia
Di Bursa Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang terkenal kerana menawarkan dividen yang tinggi kepada pemegang sahamnya. Berikut adalah beberapa contoh saham dengan dividen tinggi di Bursa Malaysia (berdasarkan rekod sejarah dividen dan prestasi terkini):
Consumer
Contohnya termasuk Mr. DIY dan CCK.
Utiliti
Seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Syarikat Telekomunikasi
Seperti Maxis dan Digi.
Nasihat Coach Saif...
Melabur dalam saham dividen di Bursa Malaysia boleh menjadi cara yang berkesan untuk memperoleh pulangan jangka panjang dan pendapatan pasif.
Namun, kajian fundamental dan technical wajib kita teruskan supaya kita dapat bersaham dengan tenang.

Petua Memilih Saham Dividen
1. Semak rekod prestasi pembayaran dividen syarikat.
2. Menilai nisbah pembayaran dividen untuk memastikan kemampanan.
3. Beri perhatian kepada kesihatan kewangan syarikat dan prospek perniagaan.
