Modal yang Realistik dalam Saham
Berapa modal sesuai untuk mula melabur di Bursa Malaysia? Artikel ini jelaskan julat modal, cara kira saiz posisi, kos asas dan contoh praktikal supaya anda bermula dengan selesa.
Pengenalan
“Modal realistik” ialah jumlah yang anda sanggup rugi tanpa ganggu kewangan harian, cukup untuk beli beberapa posisi kecil sambil belajar, dan menampung kos transaksi.
Asingkan dana kecemasan. Melabur hanya dengan lebihan wang.
Berapa Modal Sesuai Untuk Mula?
- RM1,000 – RM3,000: Belajar asas & buat 1–2 posisi kecil.
- RM3,000 – RM10,000: Cukup untuk 3–6 posisi kecil & diversifikasi permulaan.
- RM10,000 ke atas: Lebih fleksibel untuk tambah posisi + scaling.
Kebanyakan kaunter diniagakan dalam gandaan 100 unit (board lot). Ada pasaran “odd lot” untuk <100 unit, tetapi likuiditi biasanya rendah.
Kos Yang Perlu Diambil Kira
- Brokerage fee (caj broker setiap transaksi).
- Clearing fee & stamp duty (mengikut peraturan semasa).
Struktur yuran berbeza mengikut broker. Semak kadar terkini sebelum berdagang.
Formula Saiz Posisi (Risk-Based)
Risiko per dagangan ≈ 1% – 2% daripada modal
Kuantiti Saham = (Modal × %Risiko) ÷ (Harga Masuk − Harga Stop-Loss)
- Contoh: Modal RM2,000, risiko 2% ⇒ risk RM40. Masuk RM1.00, stop-loss RM0.92 (jarak RM0.08). Kuantiti = 40 ÷ 0.08 = 500 unit. Nilai belian ≈ RM500.
Cara Susun Modal
- Bahagi modal kepada beberapa lot kecil (contoh 4–8 bahagian).
- Masuk berperingkat (scale in) bila tesis menjadi, bukan sekali gus.
- Elak overexposure satu kaunter; diversifikasi sihat.
Kesilapan Biasa Pemula
- Masuk terlalu besar tanpa stop-loss.
- Mengejar kaunter “panas” tanpa pelan.
- Guna wang keperluan/berhutang untuk melabur.
Langkah Mula
- Buka akaun CDS & trading melalui broker berlesen (panduan akaun CDS).
- Tentukan modal & peratus risiko per dagangan.
- Pilih 1–2 kaunter yang difahami, mula kecil, catat jurnal.
FAQ: Soalan Lazim
1) RM1,000 cukup ke?
Boleh untuk belajar & buat posisi kecil, tetapi pergerakan kos mungkin terasa. Fokus pada disiplin dan proses.
2) Patut guna margin/leverage?
Tidak digalakkan untuk pemula. Risiko kerugian berganda dan ianya tidak syariah.
3) Berapa risiko per dagangan yang sesuai?
Ramai pemula guna 1%–2% daripada modal sebagai panduan konservatif.
4) Berapa banyak kaunter nak pegang?
Mula 2–4 kaunter dahulu; tambah bila yakin & ada proses jelas.
Nak Bina Pelan Modal & Saiz Posisi?
Sesi 1-to-1: tetapkan % risiko, formula kuantiti, dan pelan praktikal ikut modal anda.