Ramai sangka nak melabur saham kena ada modal besar. Tapi sebenarnya, dengan hanya RM100 hingga RM200, anda dah boleh mula beli saham pertama anda di Bursa Malaysia!
Di Bursa Malaysia, saham dijual dalam unit lot 100 saham. Jadi, kalau harga saham tu RM1.50, anda hanya perlukan:
100 unit x RM1.50 = RM150
Tambah kos brokerage & caj kecil lain, anda mungkin hanya perlukan sekitar RM160 – RM180.
(Bukan saranan beli – hanya contoh untuk tunjukkan saham yang mesra modal kecil)
Yang penting bukan saiz modal, tapi saiz ilmu. Ramai pelabur baru rugi bukan sebab modal kecil — tapi sebab tak faham apa yang dibeli.
Anda boleh mula melabur saham di Malaysia dengan modal serendah RM150. Yang penting, pilih saham dengan strategi, bukan ikut-ikut. Jika anda perlukan bimbingan untuk mula dengan betul, kami di belajarsaham.com.my sedia bantu anda.