Cara Pilih Kaunter Saham Patuh Syariah yang Berpotensi Naik
Versi paling ringkas untuk newbie: tanpa indicator, fokus kaunter patuh Syariah, gunakan logik asas + SNR.
Tanpa Indicator
Patuh Syariah
Pengenalan
Ramai orang beli sebab “nampak murah”. Realitinya, kita perlukan checklist ringkas untuk tapis kaunter yang lebih berpotensi — tanpa perlu guna indicator yang pelik. Di bawah ini ialah aliran mudah yang saya guna untuk newbie.
Ini ialah versi asas. Berat setiap kriteria (scoring), timeframe dan kaedah pengesahan entry saya ajar lengkap dalam sesi coaching.
Ringkas: Apa Maksud Patuh Syariah?
- Perniagaan & pendapatan utama tidak melibatkan aktiviti haram (contoh: riba).
- Had sumbangan aktiviti bercampur dipantau oleh penyaring Syariah.
- Senarai rasmi disemak berkala (dua kali setahun) — rujuk Securities Commission MY atau platform broker.
Langkah Ringkas Pilih Kaunter (Tanpa Indicator)
1) Sahkan Status Patuh Syariah
- Semak di aplikasi broker / laman SC Malaysia.
- Elak kaunter yang meragukan statusnya.
2) Tapis Sektor Yang Sihat
- Pilih sektor yang aktif (berita neutral/positif, bukan sektor yang jelas merudum).
- Utamakan sektor mudah difahami (runcit, teknologi terpilih, utiliti, makanan & minuman patuh Syariah).
3) Tengok Carta “Bersih” Guna SNR
- Tandakan 1 support jelas (lantai) & 1 resistance jelas (siling) pada timeframe harian.
- Harga dekat dengan support kuat? — lebih selamat untuk memerhati.
- Harga melepasi resistance penting? — petanda minat belian meningkat.
4) Semak Asas Ringkas Syarikat
- Produk/servis difahami (elak yang kita tak faham langsung).
- Keuntungan tidak merosot teruk beberapa suku berturut.
- Tiada isu audit/PN17/Practice Note yang jelas menggangu.
5) Bentuk Watchlist & Disiplin
- Simpan 5–10 kaunter patuh Syariah yang lulus tapisan di atas.
- Tunggu setup sekitar SNR sahaja — elak kejar harga.
- Tetapkan had risiko sebelum fikir pulangan.
Dalam coaching, saya tunjuk cara marking SNR tepat, cara menilai “kekuatan breakout”, dan struktur risk management yang mudah ikut modal anda.
Contoh High-Level (Tanpa Dedah Kaedah Penuh)
MR DIY / Inari / PDB (contoh kaunter patuh Syariah yang mudah difahami):
• Lulus semakan patuh Syariah
• Sektor difahami (runcit/teknologi/niaga runcit petroleum)
• Cari support & resistance paling jelas. Tunggu harga rapat ke support atau pecah resistance penting.
Ini contoh untuk tujuan pendidikan. Entry sebenar memerlukan pengesahan tambahan & pengurusan risiko — dibincang dalam coaching.
Kesilapan Biasa Newbie
- Beli sebab “ramai sebut” tanpa semak status patuh Syariah.
- Letak terlalu banyak garisan sampai tak jelas SNR utama.
- Kejar harga selepas naik mendadak, tiada pelan risiko.
Nak Lihat Cara Saya Menilai SNR & Timing Entry?
Dalam sesi 1-to-1, saya kongsi weightage setiap kriteria, contoh real Bursa & pelan risiko ikut modal.