Apa Itu Saham? Panduan Ringkas Untuk Orang Baru
Belajar asas saham dengan bahasa mudah. Sesuai untuk pelabur newbie yang ingin faham pasaran Bursa Malaysia sebelum mula melabur.
Asas Saham
Bursa Malaysia
Pengenalan
Ramai orang dengar perkataan saham, tapi tidak semua faham maksud sebenar. Saham adalah bukti pemilikan sebahagian daripada syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi pemegang saham dan berhak ke atas keuntungan (dividen) dan potensi kenaikan harga.
Artikel ini hanya memberi gambaran asas. Panduan terperinci tentang analisis saham, strategi pelaburan, dan risiko dibincangkan dalam sesi coaching.
Definisi Ringkas Saham
- Instrumen pelaburan yang mewakili pemilikan sebahagian syarikat.
- Diniagakan di pasaran saham seperti Bursa Malaysia.
- Nilai saham boleh naik atau turun bergantung pada prestasi syarikat & sentimen pasaran.
- Pemegang saham berpotensi menerima dividen jika syarikat membuat keuntungan.
Jenis Saham di Bursa Malaysia
1) Saham Biasa
- Hak mengundi dalam mesyuarat agung.
- Berkongsi keuntungan melalui dividen (jika ada).
2) Saham Keutamaan
- Keutamaan menerima dividen sebelum pemegang saham biasa.
- Biasanya tiada hak mengundi.
3) Saham Patuh Syariah
- Mematuhi garis panduan Syariah (bebas riba, judi, arak).
- Senarai disemak dua kali setahun oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kenapa Orang Beli Saham?
- Untuk keuntungan modal — harga saham naik, pelabur boleh jual pada harga lebih tinggi.
- Untuk dividen — pendapatan pasif dari syarikat yang menguntungkan.
- Untuk simpanan jangka panjang — perlindungan nilai wang dari inflasi.
Risiko Melabur Dalam Saham
- Harga turun akibat prestasi syarikat lemah atau faktor pasaran.
- Tiada jaminan dividen setiap tahun.
- Risiko likuiditi jika saham kurang didagangkan.
Kunci kejayaan adalah ilmu + disiplin. Jangan melabur tanpa pelan risiko.
Cara Mula Melabur di Bursa Malaysia
- Buka akaun CDS & trading melalui broker berlesen (panduan akaun CDS).
- Deposit modal.
- Pilih saham yang difahami perniagaannya.
- Mula dengan jumlah kecil sambil belajar.
FAQ: Soalan Lazim Tentang Saham
1) Apa itu saham?
Saham ialah pemilikan sebahagian syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Anda berpotensi menikmati dividen dan kenaikan harga.
2) Berapa modal minimum untuk mula?
Ikut harga saham & lot minimum broker anda. Mula kecil dengan jumlah yang sanggup rugi.
3) Apa beza saham dan unit trust?
Saham: anda pilih syarikat individu, yuran dagangan rendah, perlukan masa & ilmu. Unit trust: diurus pengurus dana, lebih pasif tetapi yuran biasanya lebih tinggi.
4) Adakah semua saham patuh Syariah?
Tidak. Status patuh Syariah disemak dua kali setahun. Semak label di platform broker atau laman Suruhanjaya Sekuriti.
5) Bagaimana buka akaun CDS?
Pilih broker berlesen, isi borang, sahkan identiti (eKYC), dan tunggu pengaktifan. Lihat panduan akaun CDS.
6) Apakah risiko utama saham?
Volatiliti harga, risiko syarikat, dan likuiditi. Tiada jaminan dividen. Gunakan pelan pengurusan risiko.
Nak Lihat Cara Saya Menilai SNR & Timing Entry?
Dalam sesi 1-to-1, saya kongsi weightage kriteria, contoh real Bursa & pelan risiko ikut modal.