Apa Itu Dividen? Cara Saham Jana Pendapatan Pasif

Apa Itu Dividen? Cara Saham Jana Pendapatan Pasif

Fahami maksud dividen, tarikh penting (announcement, ex-date, entitlement, payment), cara kira dividend yield dan risiko supaya anda boleh bina pendapatan pasif yang sihat.

Newbie-FriendlyDividen & YieldBursa Malaysia

Pengenalan

Dividen ialah agihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham. Ia biasanya dibayar dalam bentuk tunai, dan ada juga yang diberi sebagai saham bonus. Bagi ramai pelabur, dividen menjadi sumber pendapatan pasif yang konsisten sambil memegang saham jangka panjang.

Tidak semua syarikat membayar dividen. Ada yang memilih untuk melabur semula keuntungan ke dalam perniagaan (growth).

Definisi Ringkas Dividen

  • Agihan keuntungan kepada pemegang saham mengikut kadar yang diisytiharkan lembaga pengarah.
  • Unit agihan lazim: sen sesaham (contoh: 5 sen/saham).
  • Boleh sekali setahun atau beberapa kali (interim & final).

Jenis-Jenis Dividen

1) Tunai

  • Masuk ke akaun bank yang dipautkan dengan akaun trading/CDS.

2) Saham (Script/Share Dividend)

  • Penerima dapat saham tambahan mengikut nisbah tertentu.

3) Dividen Khas

  • Agihan sekali-sekala, contohnya selepas pelupusan aset besar.

Tarikh Penting Dividen

  • Announcement Date — syarikat umumkan jumlah dividen.
  • Ex-Date — beli sebelum tarikh ini untuk layak dividen.
  • Entitlement/Record Date — tarikh rekod pemegang saham yang layak.
  • Payment Date — tarikh bayaran dimasukkan.

Harga saham lazimnya laras turun sekitar jumlah dividen pada ex-date (fenomena “ex-dividend”).

Cara Kira Dividend Yield

Dividend Yield = (Jumlah Dividen Tahunan ÷ Harga Saham Semasa) × 100%

  • Contoh: Dividen tahunan 10 sen, harga RM2.00 → 5% yield.
  • Bandingkan dengan akaun simpanan/ASB, tetapi ingat harga saham boleh turun naik.

Strategi Asas Dividen

  • Pilih syarikat dengan rekod konsisten bayar dividen.
  • Semak payout ratio dan aliran tunai (cash flow) untuk kelestarian.
  • Diversifikasi — jangan bergantung pada satu kaunter sahaja.

Risiko & Perkara Perlu Tahu

  • Dividen boleh dikurangkan atau dihentikan bila perniagaan tertekan.
  • Harga saham mungkin jatuh selepas ex-date.
  • Yuran transaksi & cukai tertentu mungkin terlibat; semak dengan broker/akauntan.

Cara Mula Kejar Dividen

  1. Buka akaun CDS & trading melalui broker berlesen (panduan akaun CDS).
  2. Saring saham yang ada sejarah dividen stabil.
  3. Kira anggaran yield & pastikan sejajar matlamat anda.
  4. Mula kecil, nilai semula prestasi setiap tahun.

FAQ: Soalan Lazim Tentang Dividen

1) Bila saya layak dividen?

Anda mesti memiliki saham sebelum ex-date. Pegangan pada/selepas ex-date tidak layak untuk pusingan itu.

2) Adakah dividen dijamin?

Tidak. Ia bergantung kepada keuntungan dan keputusan lembaga pengarah.

3) Kenapa harga turun pada ex-date?

Kerana nilai dividen telah “dikeluarkan” daripada syarikat, harga biasanya laras turun sekitar jumlah dividen.

4) Dividen atau kenaikan harga — mana lebih baik?

Kedua-duanya boleh melengkapkan strategi anda. Dividen beri aliran tunai; kenaikan harga beri pertumbuhan modal.

5) Boleh fokus saham patuh Syariah?

Boleh. Semak status patuh Syariah yang dikemas kini dua kali setahun oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Nak Bina Portfolio Dividen Yang Konsisten?

Sesi 1-to-1: pemilihan kaunter, tarikh penting, dan pelan risiko ikut modal anda.

Daftar Coaching 1-to-1

Artikel ini untuk tujuan pendidikan. Bukan nasihat membeli/menjual. Prestasi lampau tidak menjamin hasil masa depan.